Thursday, March 23, 2017

Resdung melalui istilah kedoktoran

Resdung melalui istilah kedoktoran ialah penahanan mukus yang disebabkan oleh pembengkakan membran (sel lapisan kulit). Bengkak ini terjadi kerana saluran tersekat. 

Resdung juga dikenali dengan nama 'Sinus' (ketumbuhan dalam hidung) dan 'Alergi' (alahan kepada sesuatu jenis benda atau makanan).

Mukus adalah bahasa saintifik kepada cecair berupa lendir (hingus) yang ada di dalam tubuh manusia.

Petanda paling ketara mukus berlebihan adalah kulit wajah berminyak. Minyak yang boleh mengakibatkan wajah kusam dan lebih teruk lagi; jerawat dalam bentuk bisul atau bernanah.

Simptom lain yang sering dikaitkan Resdung:

- mudah sejuk,

- menggigil di sesuatu keadaan yang tak sepatutnya (baru  
  hujan sikit saja, dah rasa macam nak demam)

- batuk sampai terasa gatal kerongkong, anak tekak

- telinga selau rasa tersumbat. Kalau teruk, kena dapatkan 
  ubat doktor cairkan sumbatan (dititik dalam 
  telinga). Contoh: 'berdengung' telinga yang sukar hilang
  apabila ketinggian berubah-ubah seperti dalam kapal
  terbang atau lif

- Hidung kadang-kala meleleh air (tanpa hembusan)

- Gatal mata yang apabila digaru, semakin menjadi-jadi
   rasa nak teruskan - sampai merah dan berair.

- Bersin melampau, sampai pengaruhi suhu badan (jadi
  panas) dan sikap (baran)

Disudahi dengan satu lagi petanda paling ketara iaitu
hidung kerap sangat tersumbat kerana lendir / kahak dan amat sukar dihembus keluar.

Akibatnya; suara menjadi agak 'sengau'. 

No comments:

Post a Comment